KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH
KUMPULAN D GROUP 2
PRINSIP ASAS REKA BENTUK
BUKU TEKS
Dapat dilihat bagi mewujudkan satu buku teks pelbagai elemen perlu dititik beratkan.
Antara elemen yang dititik beratkan adalah :
Falsafah :
Hasil pemikiran yang menyeluruh dari pelbagai sudut untuk melaksanakan pendidikan yang diinginkan.
​
Psikologi :
Kajian saintifik yang menyentuh tentang tingkah laku juga kognitif individu yang melibatkan rohani, jasmani, emosi, intelek, pembelajaran dan juga motivasi.
​
Sosiologi :
Kajian saintifik yang melibatkan masyarakat dari sudut interaksi sosial dan organisasi.
Teknologi :
Konsep yang luas tentang ilmu pengetahuan dan cara menggunakannya untuk menjadikan hidup lebih baik, kreativiti dan produktiviti.
​
Pedagogi :
Kajian mengenai kaedah dan prinsip mengajar meliputi proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan interaksi guru dan pelajar.
​
Penilaian :
Nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sebuah negara.
(a) Urutan:
Susun atur konteks ketertiban bermula dari mudah kepada sukar
​
(b) Kesinambungan :
Pemeringkatan ilmu, kemahiran, dan nilai yang perlu dikuasai oleh pelajar seiring dengan pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental. kesinambungan buku teks hendaklah mempunyai kaitan antara satu sama yang lain mengikut keperluan dan piawaian penguasa pendidik.
​
(c) Integrasi :
Menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama yang lain. Antara elemen yang dinyatakan adalah bahasa, ilmu, kemahiran, nilai, teknologi, inovasi, kreatif dan keusahawanan.
(d) Imbangan :
Isi kandungan perlu dipilih, disusun, dan disesuaikan mengikut sukatan pembelajaran supaya seimbang dari segi berat , tarikan dan tumpuan. Ianya merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dan kesesuaian kandungandengan masa pembelajaran yang diperuntukkan.
​
(e) Skop :
Ianya berkaitan dengan keluasan dan kedalaman kandungan yang dimuatkan dalam satu kurikulum dan pengajaran. bermaksud tahap pendidikan yang membolehkan setiap pelajar menguasai kandungan mengikut tahap pendidikan dan kognitif pelajar.
​
(f) Kontra :
Berlaku apabila penggunaan beberapa elemen yang bertentangan dalam buku yang meninggalkan kesan dan daya tarikan. Kontra menonjolkan sesuatu yang menarik perhatian pembaca bagi menyampaikan mesej yang lebih berkesan.
(g) Tekal :
Reka bentuk perlu tekal secara keseluruhan agar membantu pembaca memahami isi kandungan buku tersebut. ianya perlu tetap dan konsisten demi menaga kualiti buku.
​
(h) Perkadaran :
Perihal berkadar atau perimbangan yang mengikut kadar dan konsep nisbah yang serupa dipindahkan kepada peringkat umur, pola yang lain masih tetap berhasil.
​
(i) Mudah :
Susunan kandungan mengikut tahap umur dan kesukaran yang bermula dari mudah ke sukar.
​